Definisi Hak Cipta
Hak cipta ialah suatu set perlindungan undang-undang yang diberikan kepada karya-karya ekspresi kreatif. pemilik hak cipta karya mempunyai hak eksklusif terhadap karyanya. Contohya, hak untuk menyalinkan pekerjaan dan menjualnya.Tetapi, hak-hak tersebut ada tempoh masa tertentu dalam kebanyakan kes seperti karya sastera hak cipta akan bertahan untuk kehidupan penulis dan 50 tahun selepas kematiannya.
Jenayah Hak Cipta(Cetak Rompak)
Pencabulan hak cipta juga dikenali sebagai cetak rompak bermaksud penggunaan karya yang dilindungi undand-undang hak cipta tanpa izin . Hal ini telah mencabuli hak eksklusif pemilih hak cipta asli kepada hak untuk mengeluarkan semula kartanya . Contoh pencabulan hak cipta ialah VCD, CD dan DVD cetak rompak ,menggunakan logo dan corak sesuatu jenama tanpa kebenaran ,photostas buku ,dan sebagainya.
Punca Jenayah Hak Cipta Berlaku…..
Jenayah hak cipta sering berlaku boleh dikaitkan dengan cetak rompak mendatangkan banyak keuntungan kepada perniagaan.Peniaga hanya mengeluarkan modal yang kecil untuk memula perniagaan mereka kerana kos penghasilan barangan cetak rompak sangat murah.contohnya ,peniaga mencetak rompak sekeping VCD Cuma memerlukan RM1 tetapi VCD cetak rompak akan dijual dengan RM5.Peniaga juga tidak perlu membayar cukai keuntungan perniagaan kepada kerajaan dan tidak perlu membayar royalti kepada ahli seni seperti penyayi.
Sambutan pengguna juga menjadi salah satu punca.Pengguna minat memberi barangan cetak rompak kerana harga lebih murah berbanding barangan asli.Pada masa ini, banyak perlajar akan menphotostas buku teks kerana mereka tidak dapat menanggungkan kos buku teks yang mahal.Hal ini telah mencabuli hak cipta pemilih.Pengguna yang suka menunjuk-nunjuk tetapi kurang kemampuan akan selalu membeli barangan cetak rompak yang berjenama.
Kesan Yang Timbul……..
Penerbit membelanjakan beribu-ribu untuk menerbitkan album dan membuat iklan tetapi album tidak dapat dijual pada kuantiti yang sepatutnya menyebabkan syarikat mendapatkan kerugian Kerajaan juga akan mengalami kerugian yang besar kerana peniaga tidak membayar sebarang cukai kepada kerajaan..Hal ini telah menyababkan kehilangkan sumber kewangan untuk melaksanakan projek pembangaunan negara . Akibatnya proses pembangunannegara menjadi lambat.
.Ahli seni seperti penulis buku dan penyanyi akan menerima tamparan yang kuat Mereka tidak dapat pendapatan yang tepatdan pulangan yang sepatutnya.Hal ini khusus kepada ahli seni yang bergantung kepada komisyen hasil penjualan.Mereka akan berasa sedih kerana tidak dapat ganjaran yang setimpal dengan usaha yang dicurahkan oleh mereka.Akhirnya semangat ahli seni untuk memajukan persembahan mereka menjadi lemah dan pemuda tidak berminat dengan bidang kesenian.
Langkah Mengatasi…….
Kerajaan perlu mengadakan kempen yang berterusan untuk menyedarkan masyarakat bahawa pencabulan hak cipta adalah satu kesalahan dan harus dibanteras dengan segera.Di peringkat sekolah,persatuan pengguna patut memainkan peranan untuk memberikan nilai murni yang perlu diamalkan oleh perlajar dan menghalangkan perlajar mengguna buku photostas.
Pihak kerajaan harus lebih berusaha untuk menangkapkan peniaga yang tidak beretika ini dan hukuman yang sedia ada perlulah ketat lagi supaya peniaga dan pengguna tidak akan mengulangkan kesilapan mereka.Hukuman dan denda bukan untuk menzalimkan persalah, sebaliknya hukuman dan denda adalah untuk mendidikan mereka.Pihak kerajaan juga tidak patut menerima rasuah agar pesalah dapat hukuman yang sepatutnya.
0 comments:
Post a Comment