Pengenalan
Jenayah berat juga diketahui sebagai feloni. Ia merujuk kepada jenayah serius yang mengancam sesebuah masyarakat. Seseorang yang melakukan jenayah berat seperti pembunuhan, penculikan, pemilikan senjata api, perompakan dan lain-lain biasanya akan dikenakan hukuman yang berat seperti penjara seumur hidup, sebatan dan hukuman mati. Walaubagaimanapun, klasifikasi jenayah berat berbeza dari satu negara ke negara yang lain. Misalnya di Amerika Syarikat pada umumnya, pemilikan senjata tidak menyalahi undang-undang. Manakala, di Malaysia pemilikan senjata api merupakan salah satu jenayah berat.
Motif
Pembunuhan, seperti yang ditakrif dalam undang-undang “Common Law”, adalah membunuh manusia lain dengan niat. Melalui kajian, dipercayai pembunuhan biasanya berlaku di bawah beberapa faktor utama. Yang pertama, berlakunya konflik atau kehilangan atau perubahan dalam hubungan sosial. Dalam pertelingkahan yang berlaku, reaksi keterlaluan akibat ketidakupayaan untuk mengendalikan emosi kerap kali diikuti tindakan agresif untuk membunuh sebagai tindakan membalas dendam. Selepas itu adalah demi kekayaan, nafsu untuk mendapat kekayaan menyebabkan seseorang kehilangan rasional dan membunuh seseorang yang lain dengan tujuan merampas hartanya atau menerima keuntungan daripada kematiannya. Contohnya, sekiranya bapa meninggal dunia, anaknya akan terima harta waris daripada bapanya, jadi, sekiranya hubungan mereka teruk, anak tersebut mungkin akan membunuh bapanya demi harta waris. Terdapat juga pembunuhan yang dilakukan oleh pesakit mental, contohnya pesakit “Multi-personality disorder” mungkin membunuh seseorang tanpa kesedaran diri. Ini adalah kerana penyakit ini melahirkan personaliti yang kedua ataupun pelbagai personaliti dalam mental pesakit dan personaliti asalnya tidak akan sedar apa yang telah dilakukan oleh personaliti barunya. Pembunuhan untuk tujuan politik juga kadang-kala berlaku, pembunuhan macam ini biasanya dilakukan dengan rancangan yang lengkap dan akan mewujudkan sesuatu tujuan politik yang dikehendaki oleh kumpulan tersebut. Contohnya, pembunuhan ahli penting daripada pihak kuasa bertentangan mengukuhkan kuasa yang dipegang oleh sendiri. Selain itu, juga terdapat pembunuhan yang dilaku untuk meniru kes pembunuhan siri yang disiarkan melalui media massa. Pembunuhan siri yang disiarkan melalui media massa kadang kala mewujudkan kumpulan peminat kepada pembunuh siri tersebut, juga terdapat pembunuh siri yang menerima surat daripada peminatnya selepas ditangkap. Juga ada peminatnya yang menirukan cara pembunuhannya dan melakukan pembunuhan yang lain, peniruan pembunuhan siri adalah untuk mengelakkan pembuatan diri daripada dikesan dan dengan tujuan mengaburkan penyiasatan pihak polis.
Langkah-langkah Mengatasi
Untuk mengurangkan kes pembunuhan, pelbagai langkah perlu diambil dan kerjasama daripada pelbagai pihak amat diperlukan. Yang paling penting adalah mengenal pasti mereka yang berpotensi tinggi untuk melakukan pembunuhan tetapi ciri-ciri ini ialah amat abstrak dan sukar difahami serta diketahui. Sekiranya orang-orang ini dapat dikesan dan diambil tindakan pembetulan fikiran atau diberi bantuan, pembunuhan akan dielakkan daripada berlaku. Selepas itu, hubungan sosial yang erat sepert suami isteri yang saling memahami, bertolak ansur dan sentiasa berkongsi masalah boleh mengelakkan berlakunya konflik atau perselisihan faham yang mampu menimbulkan motif membunuh. Jadi, ambil berat antara satu sama lain dalam hubungan sosial memainkan peranan yang penting untuk mengurangkan kes yang begitu berlaku, bukan sahaja kes pembunuhan tetapi kes jenayah yang lain-lain juga turut akan berkurang sekiranya wujudnya hubungan sosial yang harmoni. Pegangan agama yang kuat juga membantu dalam pengurangan kes pembunuhan, setiap agama juga mengajarkan nilai menghormati dan mementingkan nyawa sendiri dan nyawa orang lain. Selain itu, ajaran agama juga memupuk nilai murni dalam penganutnya dan justeru mewujudkan masyarakat yang harmoni. Selain itu, pendidikan moral dalam sekolah juga sangat penting, pelajar-pelajar perlu diajar dan didedahkan bahawa membunuh bukan cara untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan masing-masing. Manusia haruslah saling menghormati dan bantu-membantu satu sama lain, segala masalah boleh diselesaikan bersama-sama melalui cara yang betul dan bukan dengan kekerasan atau keganasan. Rawatan bagi pesakit mental yang mempunyai gejala-gejala ingin membunuh juga perlu dijalankan dengan segera, ini dapat mengurangkan kes pembunuhan yang dilakukan oleh pesakit mental akibat kehilangan kawalan emosi mereka. Perkhidmatan nasihat pakar psikiatri juga boleh diberikan kepada sesiapa yang memerlukannya, ini dapat mengelakkan orang yang menemui masalah yang tidak dapat menyelesaikan dirinya daripada melakukan sesuatu yang tidak rasional dan mencederakan dirinya ataupun orang lain yang tidak berdosa. Akhir sekali ialah meningkatkan taraf hidup masyarakat, sekiranya rakyat dapat hidup dengan aman dan tidak mengalami masalah ekonomi, pembunuhan yang dilakukan demi kekayaan tidak akan berlaku, ini dapat dilakukan dengan pelbagai langkah, contohnya mengurangkan cukai, mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, meningkatkan taraf teknologi dan lain-lain.
Hukuman
Hukuman yang dikenakan untuk pembunuhan sengaja dalam Malaysia adalah hukuman mati yang biasanya dijalan dengan pergantungan sehingga mati, manakala untuk pembunuhan tidak sengaja boleh dikenakan hukuman penjara sebanyak 30 tahun.
August 25, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Post a Comment