JENAYAH SOSIAL

SBLM 1053 BAHASA MELAYU DALAM PENGURUSAN

August 6, 2010

JENAYAH PENYALAHGUNAAN DADAH






   Pengenalan
    Dadah ialah sejenis bahan kimia psikoaktif yang boleh memudaratkan kesihatan manusia dari segi fizikal, mental, dan emosi. Selain itu, dadah juga akan menyebabkan tingkah laku manusia berbeza daripada masa yang lain.  Antara cara-cara untuk memasukkan dadah  ke dalam tubuh badan ialah secara suntikan intravaskular, menghidu, menghisap dan memakan.
      

    Jenis Dadah
     Dadah boleh dibahagikan kepada beberapa jenis, iaitu Opiat, Perangsang (Stimulants),  Penekanan (Depressants), Hallucinogen dan Ganja (Cannabis). Dadah jenis opiat boleh diperolehi daripada tumbuhan pokok popi. Selepas getah  daripada buah popi dikeringkan dan diproseskan, ia akan menjadi dadah kumpulan opiat iaitu candu, morfin dan heroin. Ganja ialah sejenis tumbuhan yang bertumbuh liar di banyak tempat. Nama tumbuhan ini ialah Canabis sativa. Pokok cannabis ditanam di kawasan Mexico, Asia(Thailand), Afrika, dan Timur Tengah.

      Jika seseorang itu menagih dadah, dia akan mempunyai tanda-tanda yang tertentu. Contohnya, berasa resah atau gelisah kerana tidak mengambil dadah, prestasi kerja atau akademiknya akan merosot, mencuri wang atau barang kemas untuk membeli dadah, perubahan sikap dan emosi secara mendadak, kelihatan letih, penat, dan tidak bersemangat, insomnia, hilang selera makan, penurunan berat badan, menggigil, dan sebagainya.
       
    Faktor-faktor
      Faktor-faktor yang menyebabkan penyalahgunaan dadah ialah sikap ingin mencuba sesuatu yang baru.  Jadi, apabila mereka mengetahui sesuatu yang baru, mereka akan mencubanya untuk merasa perasaan tersebut. Faktor yang kedua ialah remaja senang dipengaruhi oleh orang lain. Remaja tidak tahu membezakan sesuatu itu sama ada bermanfaat atau membawa kesan buruk kepadanya. Jadi, dia mudah dipengaruhi oleh kawannya. Faktor yang ketiga ialah kekurangan kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa. Remaja akan melakukan sesuatu perkara seperti menagih dadah untuk menarik perhatian ibu bapanya. Faktor yang keempat ialah kesan daripada keadaan latar belakang kehidupan yang mengecewakan. Contohnya, keruntuhan rumah tangga, kematian ibu bapa dan orang kesayangannya menyebabkan mereka hidup tanpa matlamat. Oleh itu, mereka akan menagih dadah supaya dapat melupakan sesuatu kenangan yang sedih. Faktor yang kelima ialah kekurangan didikan tentang agama. Setiap agama akan menyuruh penganutnya agar mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang tidak baik seperti menagih dadah. Faktor yang terakhir ialah golongan yang ingin mengelakkan diri daripada kenyataan hidup. Golongan kaya ingin melarikan diri daripada masalah emosi. Mereka menghadapi tekanan hidup yang tinggi. Sebab itu, mereka akan menagih dadah untuk melupakan masalah yang dihadapinya.

     



    Kesan-kesan
      Kesan-kesan menagih dadah ialah menjejaskan sistem saraf pusat. Contohnya, otak dan saraf tunjang akan terjejas akibat menagih dadah dan mungkin membawa kematian. Kesan yang kedua ialah penagih dadah sukar mengawal emosinya. Maka, ahli keluarganya hidup dalam ketakutan kerana takut dia akan memukul mereka untuk mendapatkan wang bagi membeli dadah. Kesan yang ketiga ialah risiko untuk menjangkiti penyakit yang merbahaya. Contohnya, mereka akan berjangkit jangkitan AIDS, Hepatitis, dan Sawan apabila mereka berkongsi untuk menggunakan alat suntikan. Hal ini adalah kerana jika seseorang itu menjangkiti penyakit, maka virus penyakit tersebut akan masuk ke dalam badan penagih. Kesan yang keempat ialah peningkatan kes-kes jenayah. Contoh kes-kes jenayah yang berlaku ialah mencuri, merompak, meragut, memukul, membunuh orang, dan sebagainya. Hal ini adalah kerana mereka ingin mendapatkan wang untuk membeli dadah. Kesan yang kelima ialah kesan terhadap wanita yang mengandung. Jika wanita yang mengandung menagih dadah, maka, bayinya mungkin akan lahir sebelum cukup bulan, cacat. Selain itu, ibu bayi tersebut juga mungkin mengalami keguguran, kematian bayi semasa melahirkan anak dan sebagainya. Kesan yang terakhir ialah daya pemikiran, pemahaman, percakapan akan rosak atau menjadi lemah. Hal ini adalah kerana dadah telah merosakan otaknya.
    
    Langkah-langkah mengatasi
      Langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini ialah ibu bapa memberi kasih sayang dan perhatian yang sepenuhnya kepada setiap anaknya. Maka mereka tidak akan menagih dadah untuk melupakan kesedihan mereka kerana tidak memperolehi kasih sayang daripada ibu bapanya. Selain itu, ibu bapa juga perlu mendidik anaknya tentang agama dan memastikan mereka merupakan penganut yang setia kepada agama mereka. Langkah yang ketiga ialah mengadakan kempen-kempen atau ceramah untuk mendedahkan tentang keburukan menagih dadah terhadap kesihatan manusia. Selain itu, pihak sekolah perlu mengadakan ceramah  tentang keburukan dan kesan menagih dadah kepada pelajarnya. Langkah yang keempat ialah peranan media massa. Pihak media massa perlu sentiasa menyiarkan iklan-iklan tentang dadah dan memaparkan kisah-kisah benar yang berkaitan dengan kesengsaraan menagih dadah. Langkah terakhir ialah peranan rakan sebaya. Rakan sebaya harus menasihati kawannya apabila mereka mengetahui kawannya menagih dadah. Jika mereka tidak mendengar nasihatnya, mereka perlu memberitahu ibu bapa kawan tersebut tentang anak mereka menagih dadah.



0 comments:

Post a Comment