Pengenalan
Jenayah siber meliputi penggunaan peralatan teknologi maklumat seperti komputer, alat telekomunikasi atau rangkaian IP dan multimedia (internet) dengan melibatkan kegiatan mencuri , mengubah dan memalsukan maklumat tentang identiti penduduk Malaysia(Contoh : passport & kad pengenalan), transaksi kewangan(perbankan internet ),serta maklumat atau data-data syarikat yang menyebabkan mangsa jenayah siber mengalami kerugian yang banyak terutama daripada transaksi kewangan oleh institusi kewangan dab sebagainya.
Jenis-jenis
Antara jenis-jenis jenayah siber adalah seperti berikut :
1. Penipuan
2. Judi siber
3. Pengintipan
4. Pornografi
5. Skim cepat kaya
6. Kecurian maklumat.
7. Penyebaran virus
8. Penggodam atau "Hacker"
9 Menyalin perisian secara tidah sah
8. Penggodam atau "Hacker"
9 Menyalin perisian secara tidah sah
10. Capaian secara tidak sah keatas sistem
11.Menyalurkan maklumat-maklumat yang palsu
12. Kerosakan atau pengubahsuaian keatas program atau data komputer.
Punca-punca
Antara salah satu punca jenayah siber berlaku ialah sukar untuk dikenalpasti siapakah penjenayahnya."Satu masalah utama untuk membezakan ancaman siber dengan ancaman fizikal adalah susah untuk menentukan siapa yang menyerang sistem kita, mengapa, bagaimana, dan dari mana," Michael A. Vatis dari FBI. Umur penjenayah siber biasanya adalah golongan berpengetahuan ataupun profesional. Berkemungkinan kawan kita , mungkin pelajar, ataupun profesor atau siapa sahaja. Mereka akan melakukan jenayah siber terhadap institusi pesaing atau mereka diupah oleh pihak tertentu , dan biasanya mereka susah untuk ditangkap.
Selain itu , Sikap manusia yang negatif (sekadar suka-suka) juga antara salah satu punca jenayah siber tersebar,kerana jenayah siber sering dilakukan oleh manusia yang mempunyai attitude yang negetif.Mereka menyerang sistem hanya sekadar suka-suka (main-main) ataupun mencuba ilmu baru yang mereka pelajari.Kebanyakan mereka ini adalah remaja ataupun dalam golongan umur 20-an.Golongan remaja ini mempunyai sikap yang sukar diramal. Mereka belum cukup matang untuk berfikir tentang akibat jenayah yang mereka lakukan.
Tambahan pula , sifat ketamakan manusia juga punca tersebut. Antaranya keinginan untuk menjadi kaya dalam masa yang singkat dengan menggunakan kaedah alternatif. Sesetengah manusia hanya mementingkan hasilnya dan mereka tidak ambil peduli akan cara mereka mendapat hasil tersebut,oleh itu mereka sanggup melakukan jenayah siber semata-mata untuk mendapatkan hasil dengan cepat kerana jenayah siber tidak perlu melibatkan tenaga fizikal seperti jenayah-jenayah lain , contohnya merompak.
Langkah-Langkah
Antara langkah yang paling efeektif ialah melindungi sistem komputer sendiri.Undang-undang siber tidak boleh kita harapkan untuk melindungi kita dari ancaman jenayah siber .Walau bagaimanapun kita kena mengambil langkah untuk melindungi sistem komputer kita sendiri dengan lengkapkan diri kita dengan ilmu tentang komputer. Contohnya kita boleh lindungi sistem komputer kita dengan perisian yang ada di pasaran seperti anti-virus, firewall, pop-up blocker, anti-spyware dan apa-apa saja perisian keselamatan yang lain
Kerajaan juga patut mewajibkan pelajaran komputer dan kursus komputer di kalangan pelajar. Semua pelajar tidak kira umurnya harus menghadiri kelas komputer ini dan mereka diajar tentang ancaman jenayah siber ini. Selain itu,kerajaan juga patut menyediakan lebih banyak kursus komputer kepada semua pegawai kerajaan ataupun pekerja yang terlibat dalam transaksi di internet supaya mereka boleh tingkatkan keselamatan siber.
Kesimpulan
Kesimpulannya , teknologi pada masa kini semakin canggih , tetapi pada masa yang sama terdapat juga kekurangannya , iaitu jenayah siber juga semakin canggih. Kebanyakan penjenayah siber tidak dapat ditangkap kerana sukar dikesan. Oleh itu , kita hendaklah berwaspada pada setiap masa . Sediakan payung sebelum hujan , kita hendaklah melindungi sistem kompouter kita dengan perisian-perisian dan berhati-hati semasa menggunakan rangkaian internet .
0 comments:
Post a Comment