JENAYAH SOSIAL

SBLM 1053 BAHASA MELAYU DALAM PENGURUSAN

August 6, 2010

JENAYAH SEKSUAL-PENDERAAN SEKSUAL KANAK-KANAK

Jenis penderaan seksual
  Penderaan seksual kanak-kanak terdiri daripada dua bentuk iaitu penderaan fizikal dan mental. Ia merujuk kepada tingkah laku individu yang menyeksa, memperguna atau mengugut kanak-kanak untuk menjalankan hubungan seksual dengan mereka bagi memuaskan nafsu seksual mereka. Selain itu, penderaan seksual seorang kanak bawah umur oleh seseorang dewasa, berkedudukan tinggi atau tua yang berkuasa untuk mengawal kanak-kanak tersebut. Maka kanak-kanak merupakan perangsang seksual, diajar, dan diminta untuk melakukan hubungan intim dan seks dengan mereka. Kanak-kanak berada dalam keadaan paksaan untuk menjalankan hubungan seks dengan orang yang mempunyai jurang usia yang besar. Hal ini menunjukkan mereka tidak memperolehi persetujuan daripada kanak-kanak untuk menjalankan hubungan seks.


Punca-punca
Punca-punca berlakunya penderaan seksual kanak-kanak yang pertama ialah kurang didikan agama yang diperolehi. Kedua, gagal mengawal nafsu seks seperti kes Nurin Jazimin kanak-kanak yang mengalami penderaan seksual dan penderaan fizikal. Ketiga, faktor ayah tiri yang menganggap kanak-kanak sebagai stimulasi seksual. Keempat, masalah penagihan dadah dan arak yang menjadikan mereka bertindak di luar batasan kemanusiaan. Kelima, masalah membalas dendam terhadap perempuan. Punca yang terakhir ialah pengaruh kisah silam yang seseorang itu pernah mengalami penderaan seksual yang menyebabkan dalam mindanya telah meninggalkan kenangan silam yang tidak baik, maka kanak-kanak lain pula manjadi mangsa kepada mereka yang ingin mengulangi perkara tersebut.


Cara-cara
Cara-cara penderaan seksual terhadap kanak-kanak seperti memasukkan objek atau bahagian tubuh ke dalam mulut, dubur atau faraj. Kedua, menyentuh bahagian sulit, merogol, melakukan seks oral, mencium, mengusap, meliwat, dan mengintai. Ketiga, pendera seksual juga menunjukkan bahan-bahan lucah kepada kanak-kanak, mengambil gambar kanak-kanak dalam aksi seksual, menggalakkan kanak-kanak menonton atau mendengar aksi seksual. Akhirnya, membuat panggilan telefon lucah, melacurkan dan mempamerkan aksi lucah.


Kesan-kesan
Kesan-kesan penderaan seksual terhadap kanak-kanak ialah kecederaan fizikal, jiwa dan emosi bagi jangka masa tertentu. Antaranya terbahagi kepada tiga masalah iaitu fizikal, sosial dan psikologi. Masalah fizikal terdiri daripada kebimbangan. Kebimbangan mengakibatkan berat badan menurun, tekanan darah tinggi dan memakai pakaian berlapis-lapis. Masalah sosial ialah sering bercakap tentang teman baru yang lebih dewasa, suka berahsia, masalah perhubungan dan menagih dadah dan alkohol. Manakala, masalah psikologi adalah takut pada orang, perubahan tingkah laku secara tiba-tiba, marah atau manyisihkan diri, mengigau, sukar untuk tidur, takut kepada keadaan gelap, kencing malam atau menghisap jari bagi kanak-kanak yang besar. Selain itu, mereka berasa dirinya tidak berupaya, mencederakan diri, maruah diri yang rendah, berperangai seksual, gagal memberi tumpuan dan gangguan pemakanan.

Langkah-langkah
Langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasi kes penderaan kanak-kanak yang semakin menular ini adalah pertubuhan sukarela dan khidmat masyarakat mengajar masyarakat Malaysia tentang kaedah memberi ceramah kesedaran bagi kes ini. Kedua, Kementerian Pendidikan Sekolah dan Universiti melaksanakan Program Keselamatan Diri di pusat aktiviti dan Polisi Perlindungan untuk kanak-kanak mendapat perlindungan daripada kes penderaan seksual ini. Ketiga, polis bertanggungjawab dalam melatih ahli Kelab Pencegah Jenayah bagi membanteras kes ini. Akhirnya, Jabatan Kebajikan Masyarakat bertanggungjawab untuk melatih ahli Majlis Kebajikan Juvenil dan Pasukan Perlindungan Kanak-kanak berkaitan dengan penderaan seksual kanak-kanak.

0 comments:

Post a Comment