JENAYAH SOSIAL

SBLM 1053 BAHASA MELAYU DALAM PENGURUSAN

August 6, 2010

JENAYAH SOSIAL-PEMBUANGAN BAYI

                 
    pengenalan
      Malaysia dengan bangganya menuju ke alaf baru yang berorientasikan sains dan teknologi. Namun mereka alpa dengan perkembangan sosial di negara ini. Saban hari, terdapat laporan bayi yang dijumpai di dalam tandas, di tepi longkang, dan lain-lain tempat tanpa ada perasaan perikemanusiaan. Pada 9 Julai 2008, kita digemparkan dengan penemuan bayi yang baru lahir di tebing sungai Kampung Bako Hilir, Kuching, Sarawak. Menurut laporan akhbar Borneo Post, bayi perempuan yang baru lahir ini ditemui mati oleh salah seorang penduduk kampung tersebut ketika mahu menjala ikan.

    
   faktor-faktor
    Fenomena pembuangan bayi ini semakin menjadi-jadi dan membimbangkan. Keadaan ini sebenarnya sukar diterima oleh akal manusia yang sempurna. Terdapat beberapa faktor-faktor yang menyebabkan berlaku masalah ini.
  
     Faktor utama berlakunya pemasalahan ini ialah kurangnya kefahaman agama di kalangan masyarakat secara menyeluruh.Tidak dapat dinafikan bahawa kesedaran agama dan semangat beragama akhir-akhir ini begitu menonjol tetapi ia tidak menyeluruh, hanya terbatas pada golongan tertentu sahaja sedangkan golongan muda terutama belia, umumnya masing-masing menjauhkan diri daripada mendalami agama.Apabila didikan agama tidak ada, dirangsang pula dengan gambar-gambar lucah dan menggairahkan yang mudah didapati dalam media elektronik dan bahan-bahan cetakan, dengan sendirinya anak muda akan mudah terjebak dalam melakukan gejala tidak sihat ini.

Selain itu, ada yang mengatakan malu menjadi faktor utama dan biasanya kerana hasil hubungan yang tidak sah.Jadi mereka malu pada masyarakat. Sebenarnya malu pada masyarakat ada batasnya tapi malu pada Allah s.w.t tidak ada batasnya.

Faktor yang terakhir yang menyebabkan berlaku masalah pembuangan bayi ini ialah faktor masyarakat. Sesetenggah masyarakat memandang kotor orang yang melakukan dosa seperti zina, pembuangan anak, dan sebagainya. Mereka yang terjerumus ini menganggap diri mereka tidak diterima ahli masyarakat lagi. Kerana itu timbul perumpamaan, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pengkal lengan. Kerana itulah wujudnya kes pembuangan bayi dikalangan orang Islam sendiri. Ini kerana orang yang telah melakukan kejahatan, walaupun menyesal tetapi tidak berani untuk meminta pertolongan.



    kesan-kesan
    Pembuangan bayi dalam kalangan remaja pada hari ini akan memberi impak dan kesan yang begitu besar dalam masyarakat. Remaja merupakan aset utama Negara pada masa akan dating, memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan negara. Kesan jangka panjang dan jangka pendek pasti akan berlaku seandainya remaja pada hari ini tidak tahu bagaimana untuk membentuk dan memuliakan akhlak mereka. Kesan-kesan pembuangan bayi boleh diklasifikasikan kepada beberapa bahagian seperti ibu yang melahirkan, keluarga remaja perempuan yang terlibat dalam pembuangan bayi dan juga kesan kepada negara kita sendiri.

    Kesan yang kedua adalah kesan kepada ibu bayi berkenaan atau pesalah. Kesan dari sudut perubatan adalah pesalah akan mengalami jangkitan kuman, kecederaan sewaktu bersalin dan juga kehilangan darah kerana tidak berada dalam jagaan yang sebenar. Majoritinya mereka melahirkan sendiri tanpa pertolongan pihak hospital mahupun orang lain.Selain itu, kesan dari segi psikologi dan sosial adalah pesalah akan mengalami kemurungan, hilang keyakinan diri, rasa bersalah, resah dan juga masalah emosi.

    Akibat daripada pembuangan bayi, akan berlakunya keruntuhan institusi kekeluargaan. Akibatnya wujud ketidakharmonian dalam kekeluargaan. Hal ini disebabkan, ibu bapa berasa malu mempunyai anak sebegitu. Bahkan, keluarga itu iaitu pastinya diperkatakan oleh jiran sekeliling menyebabkan mereka malu untuk bergaul dengan orang ramai. Mungkin juga akan wujud penceraian kerana ibu menyalahkan bapa, bapa menyalahkan ibu kerana tidak pandai memelihara anak-anak sehingga menconteng arang di muka mereka. Oleh itu masa depan anak-anak akan terbiar dan tidak terpelihara sekiranya ibu bapa bercerai.

    Tidak dapt dinafikan juga pembuangan bayi akan memberikan kesan yang sangat besar kepada negara. Jatuh dan bangun sesebuah Negara dan masyarakat itu bergantung kepada akhlak remaja atau generasi pada waktu sekarang. Antara kesan yang akan berlaku ialah pembangunan Negara akan terbantut dan akan keadaan ekonomi Negara juga sukar berkembang kerana wujud gejala sosial ini. Perbelanjaan kerajaan akan turut meningkat untuk menampung bayi yang akan diletakkan di rumah kebajikan masyarakat.

   

0 comments:

Post a Comment