JENAYAH SOSIAL

SBLM 1053 BAHASA MELAYU DALAM PENGURUSAN

August 25, 2010

PENGENALAN

Jenayah merupakan satu perbuatan yang menyalahi undang-undang kerajaan sesuatu tempat. Orang yang melakukan perbuatan jenayah ini dinamakan penjenayah. Idea asas apa yang dikatakan jenayah ialah apa-apa yang boleh memberikan masalah atau kesusahan kepada orang lain. Sebagai contoh, semua orang bersetuju bahawa mencuri dan mencedarakan/membunuh orang lain adalah sesuatu perbuatan jenayah. Namum demikian, ada juga perkara-perkara yang dianggap jenayah di sesuatu negara mungkin tidak dianggap jenayah di negara yang lain. Sebagai contoh, bercium di khalayak ramai merupakan satu jenayah dari sisi undang-undang malaysia dan boleh didenda, tetapi tidak di negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat. Banyak undang-undang berkenaan jenayah diambil daripada undang-undang agama.




Jenayah boleh dibahagikan kepada beberapa kategori seperti jenayah seksual, jenayah sosial, jenayah hak cipta, jenayah juvana, jenayah dadah, dan jenayah berat.

JENAYAH BERAT-PEMBUNUHAN

Pengenalan
Jenayah berat juga diketahui sebagai feloni. Ia merujuk kepada jenayah serius yang mengancam sesebuah masyarakat. Seseorang yang melakukan jenayah berat seperti pembunuhan, penculikan, pemilikan senjata api, perompakan dan lain-lain biasanya akan dikenakan hukuman yang berat seperti penjara seumur hidup, sebatan dan hukuman mati. Walaubagaimanapun, klasifikasi jenayah berat berbeza dari satu negara ke negara yang lain. Misalnya di Amerika Syarikat pada umumnya, pemilikan senjata tidak menyalahi undang-undang. Manakala, di Malaysia pemilikan senjata api merupakan salah satu jenayah berat.

Motif
Pembunuhan, seperti yang ditakrif dalam undang-undang “Common Law”, adalah membunuh manusia lain dengan niat. Melalui kajian, dipercayai pembunuhan biasanya berlaku di bawah beberapa faktor utama. Yang pertama, berlakunya konflik atau kehilangan atau perubahan dalam hubungan sosial. Dalam pertelingkahan yang berlaku, reaksi keterlaluan akibat ketidakupayaan untuk mengendalikan emosi kerap kali diikuti tindakan agresif untuk membunuh sebagai tindakan membalas dendam. Selepas itu adalah demi kekayaan, nafsu untuk mendapat kekayaan menyebabkan seseorang kehilangan rasional dan membunuh seseorang yang lain dengan tujuan merampas hartanya atau menerima keuntungan daripada kematiannya. Contohnya, sekiranya bapa meninggal dunia, anaknya akan terima harta waris daripada bapanya, jadi, sekiranya hubungan mereka teruk, anak tersebut mungkin akan membunuh bapanya demi harta waris. Terdapat juga pembunuhan yang dilakukan oleh pesakit mental, contohnya pesakit “Multi-personality disorder” mungkin membunuh seseorang tanpa kesedaran diri. Ini adalah kerana penyakit ini melahirkan personaliti yang kedua ataupun pelbagai personaliti dalam mental pesakit dan personaliti asalnya tidak akan sedar apa yang telah dilakukan oleh personaliti barunya. Pembunuhan untuk tujuan politik juga kadang-kala berlaku, pembunuhan macam ini biasanya dilakukan dengan rancangan yang lengkap dan akan mewujudkan sesuatu tujuan politik yang dikehendaki oleh kumpulan tersebut. Contohnya, pembunuhan ahli penting daripada pihak kuasa bertentangan mengukuhkan kuasa yang dipegang oleh sendiri. Selain itu, juga terdapat pembunuhan yang dilaku untuk meniru kes pembunuhan siri yang disiarkan melalui media massa. Pembunuhan siri yang disiarkan melalui media massa kadang kala mewujudkan kumpulan peminat kepada pembunuh siri tersebut, juga terdapat pembunuh siri yang menerima surat daripada peminatnya selepas ditangkap. Juga ada peminatnya yang menirukan cara pembunuhannya dan melakukan pembunuhan yang lain, peniruan pembunuhan siri adalah untuk mengelakkan pembuatan diri daripada dikesan dan dengan tujuan mengaburkan penyiasatan pihak polis.

Langkah-langkah Mengatasi
Untuk mengurangkan kes pembunuhan, pelbagai langkah perlu diambil dan kerjasama daripada pelbagai pihak amat diperlukan. Yang paling penting adalah mengenal pasti mereka yang berpotensi tinggi untuk melakukan pembunuhan tetapi ciri-ciri ini ialah amat abstrak dan sukar difahami serta diketahui. Sekiranya orang-orang ini dapat dikesan dan diambil tindakan pembetulan fikiran atau diberi bantuan, pembunuhan akan dielakkan daripada berlaku. Selepas itu, hubungan sosial yang erat sepert suami isteri yang saling memahami, bertolak ansur dan sentiasa berkongsi masalah boleh mengelakkan berlakunya konflik atau perselisihan faham yang mampu menimbulkan motif membunuh. Jadi, ambil berat antara satu sama lain dalam hubungan sosial memainkan peranan yang penting untuk mengurangkan kes yang begitu berlaku, bukan sahaja kes pembunuhan tetapi kes jenayah yang lain-lain juga turut akan berkurang sekiranya wujudnya hubungan sosial yang harmoni. Pegangan agama yang kuat juga membantu dalam pengurangan kes pembunuhan, setiap agama juga mengajarkan nilai menghormati dan mementingkan nyawa sendiri dan nyawa orang lain. Selain itu, ajaran agama juga memupuk nilai murni dalam penganutnya dan justeru mewujudkan masyarakat yang harmoni. Selain itu, pendidikan moral dalam sekolah juga sangat penting, pelajar-pelajar perlu diajar dan didedahkan bahawa membunuh bukan cara untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan masing-masing. Manusia haruslah saling menghormati dan bantu-membantu satu sama lain, segala masalah boleh diselesaikan bersama-sama melalui cara yang betul dan bukan dengan kekerasan atau keganasan. Rawatan bagi pesakit mental yang mempunyai gejala-gejala ingin membunuh juga perlu dijalankan dengan segera, ini dapat mengurangkan kes pembunuhan yang dilakukan oleh pesakit mental akibat kehilangan kawalan emosi mereka. Perkhidmatan nasihat pakar psikiatri juga boleh diberikan kepada sesiapa yang memerlukannya, ini dapat mengelakkan orang yang menemui masalah yang tidak dapat menyelesaikan dirinya daripada melakukan sesuatu yang tidak rasional dan mencederakan dirinya ataupun orang lain yang tidak berdosa. Akhir sekali ialah meningkatkan taraf hidup masyarakat, sekiranya rakyat dapat hidup dengan aman dan tidak mengalami masalah ekonomi, pembunuhan yang dilakukan demi kekayaan tidak akan berlaku, ini dapat dilakukan dengan pelbagai langkah, contohnya mengurangkan cukai, mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, meningkatkan taraf teknologi dan lain-lain.

Hukuman
Hukuman yang dikenakan untuk pembunuhan sengaja dalam Malaysia adalah hukuman mati yang biasanya dijalan dengan pergantungan sehingga mati, manakala untuk pembunuhan tidak sengaja boleh dikenakan hukuman penjara sebanyak 30 tahun.

August 6, 2010

JENAYAH SEKSUAL-ROGOL


 pengenalan       
    Istilah “rogol” iaitu pencabulan ditakrifkan sebagai serangan seksual dari sudut orang ramai. “Rogol” merujuk kepada serangan seksual di mana penyerang memaksa mangsa untuk mengadakan hubungan seksual secara paksaan dari konteks undang-undang jenayah. “Rogol statutori” pua merujuk kepada individu yang rela mengadakan hubungan seksual tetapi masih tidak cukup umur dari segi undang-undang. Dalam bahasa pasar, “rogol kenalan” ataupun rogol dating” adalah hubungan seks dijalankan antara individu yang berkenalan atau berdating.



Jenis-jenis
Terdapat enam jenis rogol yang lebih biasanya kita temui, dengar dan lihat, iaitu rogol tahanan, rogol bergilir-gilir, rogol dan penyeksaan seksual, rogol statutori, rogol kenalan serta “rogol” antara golongan binatang.
            Jenis rogol yang pertama adalah rogol tahanan, banduan wanita mudah diserang oleh pengawal-pengawal penjara dan kakitangan-kakitangan yang bekerja di penjara. Seterusnya, rogol bergilir-gilir terjadi apabila seorang mangsa wanita diserang oleh sekumpulan golongan lelaki. Rogol dan penyeksaan seksual merupakan jenis rogol yang ketiga, iaitu biasa digunakan untuk “melembutkan” orang tahanan untuk menakutkan mereka supaya mematuhi peraturan. Rogol dan penyeksaan seksual biasanya digunakan untuk memusnahkan amanah dan pengaruh pembangkang-pembangkang politik terutamanya bagi masyarakat yang mempunyai pantang social yang teguh.
            Di samping itu, rogol statutori merujuk kepada sejenis jenayah persetubuhan yang melibatkan individu yang dibawah usia kerelaan.  Walaupun kanak-kanak rela dan bersetuju untuk mengakan hubungan seksual, perbuatan itu masih dianggap sebagai rogol kerana  kanak-kanak di bawah usia tidak berupaya member keizinan yang berpengetahuan. Jenis rogol yang kelima adalah rogol kenalan yang membawa maksud hubungan seksual yang dilaksanakan oleh orang-orang kenalan, kawan, rakan serta pencinta terhadap mangsa rogol tanpa keizinan mangsa rogol. Tambahan pula,  “rogol” antara golongan binatang merujuk kepada penggabungan persetubuhan antara binatang dangan serangan yang ganas umpama rogol manusia.

Punca-punca
Faktor-faktor yang menyebabkan jenayah seksual rogol berlaku termasuklah cara pemakaian wanita yang terlalu mendedahkan akan mengakibatkan  nafsu perogol  tidak dapat dikawal.  Walau bagaimanapun,  perogol biasanya akan menunggu menyerang mangsa yang berseorangan yang berada di tempat sunyi. Selain itu, perogol juga menpunyai cara yang lain untuk mencari mangsa seperti mempelawa mangsa untuk bersiar-siar dan bermalam di rumahnya dengan member i makanan atau miniuman yang paling dahsyat. Jenayah seksual rogol juga boleh menyebabkan kecederaan fizikal, termasuklah kehamilan mangsa tersebut serta jangkitan penyakit sebaran seksual. Kesan yang paling umum ataupun paling biasa kita namengkhayalkan.


Kesan-kesan
Banyak kes serangan seksual berakhir dengan tragedi kematian merupakan kesan yang nampak dan dengar adalah kesan psikologi. Mangsa rogol yang masih hidup biasanya didapati menghidap sejenis penyakit psikologi yang bernama Sindrom Renjutan Emosi Rogol (Rape Trauma Syndrome (RTS)) sebelum ini. Sekarang pula, RTS dianggap sebagai sejenis balasan psikologi dan fisiologi yang biasa dialami oleh seorang mangsa rogol dan bukan dikenali sebagai sejenis penyakit psikologi lagi. RTS melibatkan perasaan malu dan dosa, kemarahan, ketegangan serta ketidakselesaan perut. Bagi masyarakat yang mempunyai adat-adat kelamin yang panatang, mangsa rogol akan mengalami renjutan emosi psikologi yang serius. Misalnya, seorang anak dara yang telah dirogol akan dianggap sebagai seorang yang “rosak” pada pandangan masyarakat serta dilarang untuk berkahwin malah terpaksa menderita seorang diri sahaja. Manakala bagi mangsa rogol yang telah berkahwin pula akan diceraikan. Mangsa rogol tersebut juga akan berasa dirinya “kotor” ataupun berasa dirinya salah.



Langkah-langkah
Langkah mengurangkan kes jenayah seksual rogol termasuklah memberi kesedaran kepada minda dan pelakuan kita dan percakapan kita untuk tidak mempromosikan budaya merogol. Pihak berkenaan mengadakan seminar serta kempen kesedaran bagi kaum wanita tentang cara mencegahan dari menjadi mangsa rogol. Di samping itu, golongan kaum wanita digalakkan mengambil kelas pertahanan diri agar dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa rogol. Seterusnya,   sentiasa gunakan jalan yang dilalui oleh orang ramai, jangan mengikut jalan yang dekat tetapi sunyi dan gelap turut salah satu langkah mengelakkan diri daripada menjadi mangsa rogol. Sekiranya mengetahui diri telah di tangan penjenayah, gunakan kekerasan seperti menggigit badab penjenayah dan mencakar dengan kuku untuk melepaskan diri.

Hukuman
Rogol dianggap sebagai jenayah seksual yang dahsyat dalam kebanyakan kebudayaan dan akan dihukum dengan berat oleh undang-undang. Kes rogol merupakan jenayah yang boleh dihukum rejam bagi sesetengah negara. Di negara-negara Barat, jenayah kes rogol dihukum masuk penjara jangka panjang. Pada permulaan abad ke-20an, hukuman mati akan dikenakan ke atas individu yang dibabitkan dengan kesalahan merogol.
 Di negara-negara Islam, penjenayah seksual akan dikenakan hukuman mati. Hukuman rotan jenis tebal merupakan hukuman yang akan dilaksanakan ke atas penjenayah seksual mengikut undang-undang jenayah Malaysia. Jumlah rotan paling banyak yang boleh dikenakan ke atas seseorang penjenayah adalah 24 rotan.


JENAYAH SEKSUAL-PENDERAAN SEKSUAL KANAK-KANAK

Jenis penderaan seksual
  Penderaan seksual kanak-kanak terdiri daripada dua bentuk iaitu penderaan fizikal dan mental. Ia merujuk kepada tingkah laku individu yang menyeksa, memperguna atau mengugut kanak-kanak untuk menjalankan hubungan seksual dengan mereka bagi memuaskan nafsu seksual mereka. Selain itu, penderaan seksual seorang kanak bawah umur oleh seseorang dewasa, berkedudukan tinggi atau tua yang berkuasa untuk mengawal kanak-kanak tersebut. Maka kanak-kanak merupakan perangsang seksual, diajar, dan diminta untuk melakukan hubungan intim dan seks dengan mereka. Kanak-kanak berada dalam keadaan paksaan untuk menjalankan hubungan seks dengan orang yang mempunyai jurang usia yang besar. Hal ini menunjukkan mereka tidak memperolehi persetujuan daripada kanak-kanak untuk menjalankan hubungan seks.


Punca-punca
Punca-punca berlakunya penderaan seksual kanak-kanak yang pertama ialah kurang didikan agama yang diperolehi. Kedua, gagal mengawal nafsu seks seperti kes Nurin Jazimin kanak-kanak yang mengalami penderaan seksual dan penderaan fizikal. Ketiga, faktor ayah tiri yang menganggap kanak-kanak sebagai stimulasi seksual. Keempat, masalah penagihan dadah dan arak yang menjadikan mereka bertindak di luar batasan kemanusiaan. Kelima, masalah membalas dendam terhadap perempuan. Punca yang terakhir ialah pengaruh kisah silam yang seseorang itu pernah mengalami penderaan seksual yang menyebabkan dalam mindanya telah meninggalkan kenangan silam yang tidak baik, maka kanak-kanak lain pula manjadi mangsa kepada mereka yang ingin mengulangi perkara tersebut.


Cara-cara
Cara-cara penderaan seksual terhadap kanak-kanak seperti memasukkan objek atau bahagian tubuh ke dalam mulut, dubur atau faraj. Kedua, menyentuh bahagian sulit, merogol, melakukan seks oral, mencium, mengusap, meliwat, dan mengintai. Ketiga, pendera seksual juga menunjukkan bahan-bahan lucah kepada kanak-kanak, mengambil gambar kanak-kanak dalam aksi seksual, menggalakkan kanak-kanak menonton atau mendengar aksi seksual. Akhirnya, membuat panggilan telefon lucah, melacurkan dan mempamerkan aksi lucah.


Kesan-kesan
Kesan-kesan penderaan seksual terhadap kanak-kanak ialah kecederaan fizikal, jiwa dan emosi bagi jangka masa tertentu. Antaranya terbahagi kepada tiga masalah iaitu fizikal, sosial dan psikologi. Masalah fizikal terdiri daripada kebimbangan. Kebimbangan mengakibatkan berat badan menurun, tekanan darah tinggi dan memakai pakaian berlapis-lapis. Masalah sosial ialah sering bercakap tentang teman baru yang lebih dewasa, suka berahsia, masalah perhubungan dan menagih dadah dan alkohol. Manakala, masalah psikologi adalah takut pada orang, perubahan tingkah laku secara tiba-tiba, marah atau manyisihkan diri, mengigau, sukar untuk tidur, takut kepada keadaan gelap, kencing malam atau menghisap jari bagi kanak-kanak yang besar. Selain itu, mereka berasa dirinya tidak berupaya, mencederakan diri, maruah diri yang rendah, berperangai seksual, gagal memberi tumpuan dan gangguan pemakanan.

Langkah-langkah
Langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasi kes penderaan kanak-kanak yang semakin menular ini adalah pertubuhan sukarela dan khidmat masyarakat mengajar masyarakat Malaysia tentang kaedah memberi ceramah kesedaran bagi kes ini. Kedua, Kementerian Pendidikan Sekolah dan Universiti melaksanakan Program Keselamatan Diri di pusat aktiviti dan Polisi Perlindungan untuk kanak-kanak mendapat perlindungan daripada kes penderaan seksual ini. Ketiga, polis bertanggungjawab dalam melatih ahli Kelab Pencegah Jenayah bagi membanteras kes ini. Akhirnya, Jabatan Kebajikan Masyarakat bertanggungjawab untuk melatih ahli Majlis Kebajikan Juvenil dan Pasukan Perlindungan Kanak-kanak berkaitan dengan penderaan seksual kanak-kanak.

JENAYAH SEKSUAL-SEKS BEBAS

Pengenalan


Sejak kebelakangan, surat khabar sering menghebohkan tentang kes jenayah juvana. Semua pihak perlu memberikan perhatianyang sepatutnya supaya kes jenayah juvana dapat dikurangkan.antara kesyang sering berlaku ialah kegiatan seks bebas.Seks bebas merupakan pergaulan bebas tanpa mengira pasangannya.Aktiviti ini merupakan perbuatanyang tidak sihat kerana membawa banyak keburukan kepada remaja.
  

Punca-punca


          Terdapat banyak puncayang menyebabkan kegiatan seks bebas.Antaranya ialah laman web lucah yang mudah dilayari.Perkembangan sains dan teknologi menyebabkan video lucah mudah diperolehi.Penyebaran video lucah menjejaskan minda remaja.Merekayang tidak berupaya membezakan baik buruk terjerumus dunia lucah. Kesannya menyebabkan kes seks tercetus. Sebab seterusnya ialah factor lingkungan keluarga. Ibu bapa selalu sibuk bekerja bagi mengejar kemewahan menyebabkan anak-anak terabai. Kurang bimbingan dan pengawasan ibu bapa menjadikan anak-anak menjadi liar.Selain itu, kekurangan kasih sayangdan perhatian ibu bapa mendorong pergaulan bebas di kalangan remaja. Jadilah tidak hairan kes seksual berlaku.

Kesan-kesan


Kegiatan seks membawa banyak implikasi yang negative antaranya ialah menjejaskan imej negara.Negara lain akan pandang rendah kerajaan kita kerana tidak berupaya menangani masalah social.Kegagalan tersebut menjadi buah mulut kepada pelancong negara jiran.Justeru itu, media massa juga menghebohkan perkara tersebut maka imej negara terjejas.Kesan kedua ialah menjejaskan masa depan remaja.Masyarakat sukar menerima remaja sekiranya insaf ini menyebabkan masalah kesukaran mendapat pekerjaan timbul.Lebih buruk lagi mereka disisihkan keluarga kerana sukar menerima perbuatan mereka.Kesannya mereka hidup dalam keadaan terumbang-ambing akhirnya bunuh diri.Implikasi seterusnya ialah peningkatan kes pembuangan dan pembunuhan bayi. Kehamilan luar nikah menyebabkan mereka takut untuk memikulkan tanggungjawabyang berat lalu mencari jalan singkat dengan penguguran bayi. Tambahan pula, mereka juga berasa malu atas perbuatannya dan bimbang akan masa depan tercemar maka mereka memilih pembuangan bayi. Akhirnya kesihatan wanita terjejas dan mudah menjangkiti penyakit.

Langkah-langkah Mengatasi

Langkah-langkah bijak perla diambil bagi membendung masalah ini antaranya ialah memberikan kesedaran dan penerangan kepada remaja.Penerangan mengenai kepentingan nilai-nilai moral perlulah diutamakan dan kesan buruk seks bebas yang boleh membawa kemudaratan misalnya reputasi diri tercemar,pembuangan bayi dan jangkitan penyakit ditekankan.Langkah keduanya ialah memberikan pendidikan seks di peringkat sekolah menengah. Kandungan pendidikan haruslah merangkumi penekanan kepada bahagian badan, penjagaan diri daripada gangguan seks serta pengawalannya batas perhubungan antara lelaki dan perempuan. Sekiranya sekolah melaksanakan pendidikan seks nescaya kes seksual berjaya dikurangkan.Selain itu, remaja berupaya membuat keputusan yang hikmah dalam menghadapi soalan seks.Kanak-kanak perempuan juga diajar tentang kaedah-kaedah menjaga kehormatan diri malahan remaja lelaki perlu didedahkan hukuman akan dihadapi kesan melakukan hubungan seks bebas.Langkah seterusnya ialah mengukuhkan pendidikan agama. Ibu-bapa perlulah meluangkan lebih banyak masa untuk mendidikagama kepada anak-anak mereka.Ajaran agama adalah panduan dan petunjuk kehidupan remaja. Remaja yang beragama kukuh akan dapat memikirkan kesan baik buruk terhadap dirinya dan cuba menghindari dirinya daripada perbuatan maksiat.

JENAYAH SOSIAL-PEMBUANGAN BAYI

                 
    pengenalan
      Malaysia dengan bangganya menuju ke alaf baru yang berorientasikan sains dan teknologi. Namun mereka alpa dengan perkembangan sosial di negara ini. Saban hari, terdapat laporan bayi yang dijumpai di dalam tandas, di tepi longkang, dan lain-lain tempat tanpa ada perasaan perikemanusiaan. Pada 9 Julai 2008, kita digemparkan dengan penemuan bayi yang baru lahir di tebing sungai Kampung Bako Hilir, Kuching, Sarawak. Menurut laporan akhbar Borneo Post, bayi perempuan yang baru lahir ini ditemui mati oleh salah seorang penduduk kampung tersebut ketika mahu menjala ikan.

    
   faktor-faktor
    Fenomena pembuangan bayi ini semakin menjadi-jadi dan membimbangkan. Keadaan ini sebenarnya sukar diterima oleh akal manusia yang sempurna. Terdapat beberapa faktor-faktor yang menyebabkan berlaku masalah ini.
  
     Faktor utama berlakunya pemasalahan ini ialah kurangnya kefahaman agama di kalangan masyarakat secara menyeluruh.Tidak dapat dinafikan bahawa kesedaran agama dan semangat beragama akhir-akhir ini begitu menonjol tetapi ia tidak menyeluruh, hanya terbatas pada golongan tertentu sahaja sedangkan golongan muda terutama belia, umumnya masing-masing menjauhkan diri daripada mendalami agama.Apabila didikan agama tidak ada, dirangsang pula dengan gambar-gambar lucah dan menggairahkan yang mudah didapati dalam media elektronik dan bahan-bahan cetakan, dengan sendirinya anak muda akan mudah terjebak dalam melakukan gejala tidak sihat ini.

Selain itu, ada yang mengatakan malu menjadi faktor utama dan biasanya kerana hasil hubungan yang tidak sah.Jadi mereka malu pada masyarakat. Sebenarnya malu pada masyarakat ada batasnya tapi malu pada Allah s.w.t tidak ada batasnya.

Faktor yang terakhir yang menyebabkan berlaku masalah pembuangan bayi ini ialah faktor masyarakat. Sesetenggah masyarakat memandang kotor orang yang melakukan dosa seperti zina, pembuangan anak, dan sebagainya. Mereka yang terjerumus ini menganggap diri mereka tidak diterima ahli masyarakat lagi. Kerana itu timbul perumpamaan, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pengkal lengan. Kerana itulah wujudnya kes pembuangan bayi dikalangan orang Islam sendiri. Ini kerana orang yang telah melakukan kejahatan, walaupun menyesal tetapi tidak berani untuk meminta pertolongan.



    kesan-kesan
    Pembuangan bayi dalam kalangan remaja pada hari ini akan memberi impak dan kesan yang begitu besar dalam masyarakat. Remaja merupakan aset utama Negara pada masa akan dating, memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan negara. Kesan jangka panjang dan jangka pendek pasti akan berlaku seandainya remaja pada hari ini tidak tahu bagaimana untuk membentuk dan memuliakan akhlak mereka. Kesan-kesan pembuangan bayi boleh diklasifikasikan kepada beberapa bahagian seperti ibu yang melahirkan, keluarga remaja perempuan yang terlibat dalam pembuangan bayi dan juga kesan kepada negara kita sendiri.

    Kesan yang kedua adalah kesan kepada ibu bayi berkenaan atau pesalah. Kesan dari sudut perubatan adalah pesalah akan mengalami jangkitan kuman, kecederaan sewaktu bersalin dan juga kehilangan darah kerana tidak berada dalam jagaan yang sebenar. Majoritinya mereka melahirkan sendiri tanpa pertolongan pihak hospital mahupun orang lain.Selain itu, kesan dari segi psikologi dan sosial adalah pesalah akan mengalami kemurungan, hilang keyakinan diri, rasa bersalah, resah dan juga masalah emosi.

    Akibat daripada pembuangan bayi, akan berlakunya keruntuhan institusi kekeluargaan. Akibatnya wujud ketidakharmonian dalam kekeluargaan. Hal ini disebabkan, ibu bapa berasa malu mempunyai anak sebegitu. Bahkan, keluarga itu iaitu pastinya diperkatakan oleh jiran sekeliling menyebabkan mereka malu untuk bergaul dengan orang ramai. Mungkin juga akan wujud penceraian kerana ibu menyalahkan bapa, bapa menyalahkan ibu kerana tidak pandai memelihara anak-anak sehingga menconteng arang di muka mereka. Oleh itu masa depan anak-anak akan terbiar dan tidak terpelihara sekiranya ibu bapa bercerai.

    Tidak dapt dinafikan juga pembuangan bayi akan memberikan kesan yang sangat besar kepada negara. Jatuh dan bangun sesebuah Negara dan masyarakat itu bergantung kepada akhlak remaja atau generasi pada waktu sekarang. Antara kesan yang akan berlaku ialah pembangunan Negara akan terbantut dan akan keadaan ekonomi Negara juga sukar berkembang kerana wujud gejala sosial ini. Perbelanjaan kerajaan akan turut meningkat untuk menampung bayi yang akan diletakkan di rumah kebajikan masyarakat.

   

JENAYAH SOSIAL--VANDALISME



    pengenalan
     Dewasa ini,masyarakat sering terkait dengan gejala sosial terutamanya golongan remaja.Kes-kes jenayah sosial seperti vandalisme,gengsterisme,kes merompak.kes rogol dan sebagainya sering terpapar di dada surat khabar,ini mengungkitkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.Secara amnya,masalah sosial merangkumi pelbagai kegiatan-kegiatan negatif yang membawa kerosakan dan kerugian kepada masyarakat mahupun sesebuah negara.  
      Vandalisme merupakan satu perbuatan merosakkan harta benda sama ada awam atau swasta oleh golongan yang tidak bertanggungjawab.Kebanyakan kes vandalisme dilakukan oleh golongan remaja yang kurang matang fikirannya.Gejala ini telah menimbulkan banyak masalah serta implikasi yang negatif terhadap remaja sendiri mahupun masyarakat setempat.Contoh-contoh vandalisme ialah menconteng dinding,merosakkan harta benda awam,seperti paip bomba,tandas awam,lif dan perhentian bas.


      Punca-punca                                 
       Pertama sekali,punca utama keruntuhan semangat patriotism ialah pengaruh media massa. Minda masyarakat terutamanya remaja yang kurang matang dan naif menyebabkan mereka mudah dipengaruh oleh perersekitaran dan juga media massa.Pelbagai dorongan yang kurang sihat telah disampaikan kepada mereka melalui pelbagai saluran,seterusnya menyebabkan mereka terikut-ikut dengan pengaruh ini.Pengaruh media massa seperti drama,majalah dan cakera padat begitu besar di zaman yang berteknologi tinggi ini.Kalangan masyarakat dapat menerima unsur-unsur negatif dengan begitu senang.Mereka mudah terpengaruh oleh watak-watak serta aksi-aksi ganas dan berunsur vandalisme.Dalam pandangan mereka,aksi-aksi vandalisme seperti merosakkan harta benda awam dan menconteng dinding awam yang dipaparkan dalam drama merupakan aksi-aksi yang bergaya dan bertren.Seterusnya mereka akan meniru aksi-aksi vandalisme tersebut untuk menunjukkan gaya kelakian mereka.


      Seterusnya,tekanan dalam kerjaya dan akademik juga merupakan punca kelunturan patriotism dan nasionalisme.Dalam zaman yang kompetitif ini,prestasi dalam kerjaya dan gred akademik amat diitikberatkan.Golongan yang makan gaji mahupun golongan pelajar yang masih menuntut pelajaran juga menghadapi tekanan hidup yang tinggi.Mereka terpaksa bersaing hebat dan bertungkus lumut dalam mengejar kejayaan dalam hidup.Bagi mereka yang tidak mampu menangani tekanan yang begitu besar,vandalisme merupakan saluran melepaskan geram dan segala tekanan yang dihadapi.

      Remaja sekarang kurang kasih sayang dan ajaran agama daripada ibu bapa. Ibu bapa sekarang sibuk mencari nafkah seharian.Mereka telah mengabaikan  anak-anak mereka yang masih kecil dan kurang matang.Kekurangan perhatian terhadap anak-anak kemungkinan besar menyebabkan mereka mengenali kawan yang jahat dan terlibat dalam jenayah.Mereka akan terikut-ikut dengan rakan-rakan sebaya dalam kegiatan vandalisme kerana tidak ingin diabaikan.Mereka juga ingin mengambil perhatian daripada ibu bapa mereka.Mereka berharap ibu bapa dapat meluangkan masa yang secukupnya dengan mereka.


    Langkah-langkah Mengatasi
    Antara langkah-langkah yang wajib diambil adalah perhatian dan komunikasi yang secukupnya daripada ibu bapa kepada remaja zaman kini. Ibu bapa harus membimbing serta meluangkan masa yang secukupnya kepada  anak mereka bagi mengelakkan mereka terjurumus dalam gejala yang kurang sihat.Mereka harus menjadi contoh bagi anak-anak mereka.Orang tua juga bertanggungjawab memberi pendidkan agama yang secukupnya kepada generasi muda.Mereka tidak seharusnya melepaskan tangan dalam mngajar anak-anak mereka.Mereka haruslah memberi perhatian terhadap pergaulan rakan anak-anak mereka.

    Selain itu undang-undang haruslah dikuatkuasakan. Penguatkuasaan ini haruslah dijalankan oleh polis.Hukuman seperti hukuman sebat dan kompaun yang berat haruslah diperkenalkan dan dikenakan kepada pesalah-pesalah yang terlibat dalam vandalisme.Bagi pesalah yang masih menuntut,pihak sekolah tidak seharusnya cuba menyembunyikan kes-kes tersebut,sebaliknya mereka haruslah merujuk perkara tersebut kepada pihak yang melaksanakan undang-undang.


     Kempem-kempen pencegahan yang efektif haruslah sentiasa diadakan.Kempen-kempen pencegahan vandalisme haruslah diadakan dari masa ke masa.Dengan ini,pelajar mahupun mayarakat umum dapat mengetahui keburukan dan akibat terlibat dalam gejala vandalisme.Golongan pelajar rendah biasanya akan berasa takut dan mereka kurang terdedah kepada jenayah.Contoh-contoh kempen-kempen adalah seperti tayangan video dan pameran yang berunsurkan aktiviti jenayah dan mewajibkan pihak polis menghadiri untuk memberi bimbingan dan ucapan.

    Kesan-kesan
      Terdapat pelbagai implikasi yang negative akan timbul akibat gejala vandalisme .Walaupun vandalisme tidak memberi impak yang berkekalan dan mencederakan orang,kegiatan ini tetap mencemarkan tempat orang ramai.Lakaran dan perkataan lucah telah mencemarkan dan menjejaskan imej negara kita.Lebeh-lebih lagi bagi golongan remaja yang berahi,mereka akan terdorong melakukan jenayah seksual seperti rogol,mencabul kehormatan dan sebagainya.Selain itu,kos yang tinggi diperlukan membersihkan tempat kejadian.

   Vandalisme juga mencetuskan ketegangan antara kaum.Sekiranya kedai atau dinding yang dimiliki oleh kaum Cina telah diconteng oleh Melayu atau India,kemungkinan besar konflik atau pertelingkahan antara kaum akan timbul.Ini akan menyukarkan lagi perpaduan kaum yang cuba ditegaskan oleh erdana Menteri negara kita.Konsep satu malaysia akan terbubar.

JENAYAH HAK CIPTA

Definisi Hak Cipta
Hak cipta ialah suatu set perlindungan undang-undang yang diberikan kepada karya-karya ekspresi kreatif. pemilik hak cipta karya mempunyai hak eksklusif terhadap karyanya.  Contohya, hak untuk menyalinkan pekerjaan dan menjualnya.Tetapi,  hak-hak tersebut ada tempoh masa tertentu dalam kebanyakan kes seperti karya sastera hak cipta akan bertahan untuk kehidupan penulis dan 50 tahun selepas kematiannya.








lambang hak cipta

Jenayah Hak Cipta(Cetak Rompak)
 Pencabulan hak cipta juga dikenali sebagai cetak rompak bermaksud penggunaan karya yang dilindungi undand-undang hak cipta tanpa izin . Hal ini telah mencabuli hak eksklusif  pemilih hak cipta asli kepada hak untuk   mengeluarkan semula kartanya . Contoh pencabulan hak cipta ialah  VCD, CD dan DVD cetak rompak ,menggunakan logo dan corak sesuatu jenama tanpa kebenaran ,photostas buku ,dan sebagainya.
         

Punca Jenayah Hak Cipta Berlaku…..
Jenayah hak cipta sering berlaku boleh dikaitkan dengan cetak rompak mendatangkan banyak keuntungan kepada perniagaan.Peniaga hanya mengeluarkan modal yang kecil untuk memula perniagaan mereka kerana kos penghasilan barangan cetak rompak sangat murah.contohnya ,peniaga mencetak rompak sekeping VCD Cuma memerlukan RM1 tetapi VCD cetak rompak akan dijual dengan RM5.Peniaga juga tidak perlu membayar cukai keuntungan perniagaan kepada kerajaan dan tidak perlu membayar royalti kepada ahli seni seperti penyayi.
Sambutan pengguna juga menjadi salah satu punca.Pengguna minat memberi barangan cetak rompak kerana harga lebih murah berbanding barangan asli.Pada masa ini, banyak perlajar akan menphotostas buku teks kerana mereka tidak dapat menanggungkan kos buku teks yang mahal.Hal ini telah mencabuli hak cipta pemilih.Pengguna yang suka menunjuk-nunjuk tetapi kurang kemampuan akan  selalu membeli barangan cetak rompak yang berjenama.

Kesan Yang Timbul……..
Penerbit membelanjakan beribu-ribu untuk menerbitkan album dan membuat iklan tetapi album tidak dapat dijual pada kuantiti yang sepatutnya menyebabkan syarikat  mendapatkan kerugian Kerajaan juga akan mengalami kerugian yang besar kerana peniaga tidak membayar sebarang cukai  kepada kerajaan..Hal ini telah menyababkan kehilangkan sumber kewangan untuk melaksanakan projek pembangaunan negara . Akibatnya proses pembangunannegara menjadi lambat.


.Ahli seni seperti penulis buku dan penyanyi akan menerima tamparan yang kuat Mereka tidak dapat pendapatan yang tepatdan pulangan yang sepatutnya.Hal ini khusus kepada ahli seni yang bergantung kepada komisyen hasil penjualan.Mereka akan berasa sedih kerana tidak dapat ganjaran yang setimpal dengan usaha yang dicurahkan oleh mereka.Akhirnya semangat ahli seni untuk memajukan persembahan mereka menjadi lemah dan pemuda tidak berminat dengan bidang kesenian.

Langkah Mengatasi…….
Kerajaan perlu mengadakan kempen yang berterusan untuk menyedarkan masyarakat  bahawa pencabulan hak cipta adalah satu kesalahan dan harus dibanteras dengan segera.Di peringkat sekolah,persatuan pengguna patut memainkan peranan untuk memberikan nilai murni yang perlu diamalkan oleh perlajar dan menghalangkan perlajar mengguna buku photostas.

Pihak kerajaan harus lebih berusaha untuk menangkapkan peniaga yang tidak beretika ini dan hukuman yang sedia ada perlulah ketat lagi supaya peniaga dan pengguna tidak akan mengulangkan kesilapan mereka.Hukuman dan denda bukan untuk menzalimkan persalah, sebaliknya hukuman dan denda adalah untuk mendidikan mereka.Pihak kerajaan juga tidak patut menerima rasuah agar pesalah dapat hukuman yang sepatutnya.

JENAYAH JUVANA







Pengenalan
Jenayah juvana adalah merujuk kepada perlakuan jenayah atau anti-sosial golongan remaja  yang bertindak menyalahi undang-undang dan enggan menjalankan kewajipan sosial mereka. Ia merupakan satu isu sosial yang penting kerana golongan ini adalah kumpulan yang menyalahi undang-undang dan mengganggu hak asasi manusia dan masih belum dipertanggungjawabkan sepenuhnya.



Jenis Jenayah
Hari ini,masyarakat kita telah dikejutkan dengan pelbagai kes jenayah. Sekarang, isu jenayah di sekolah-sekolah semakin berleluasa .Antara jenayah yang dilakukan ialah agresif terhadap manusia.Jenayah peras ugut dilakukan oleh mereka yang hidup dalam dunia fantasi sendiri. Vandalisme juga merupakan jenayah yang sering berlaku. Mereka akan merosakkan harta benda dan kemudahan awam di mana-mana khasnya di taman permainan dan sekolah. Jenayah juvana termasuk menipu dan mencuri. Walaupun sebilangan mereka berasal daripada keluarga yang berada, mereka masih melakukan jenayah untuk menunjukkan keberanian mereka. Mereka berasa bangga melibatkan diri dalam aktiviti yang buruk ini.Ketidakpuasan hati terhadap undang-undang dan dasar pendidikan menyebabkan mereka melakukan perkara di luar jangkaan.


Punca-punca
Peranan ibu bapa begitu penting dalam mendidik anak-anak. Ada juga dalam kalangan ibu bapa yang tidak ambil berat tentang pendidikan agama.Jadi, bermulalah kehidupan anak tersebut tanpa didikan agama dan seterusnya mereka mudah terjebak dalam kes-kes jenayah seperti ini. Ibu bapa ialah individu paling dekat dan paling penting dalam pembentukan peribadi dan sahsiah dalam kalangan anak-anak. Pada zaman teknologi maklumat dan globalisasi sekarang, mereka sentiasa sibuk bekerja dalam mengisi tuntutan kebendaan sehingga mereka lupa akan tanggungjawab mereka iaitu mendidik dan mengajar anak-anak menjadi insan yang sempurna. Inilah punca utama yang menyebabkan akhlak pelajar-pelajar dan remaja-remaja runtuh.

Tambahan pula, pengaruh rakan sebaya juga merupakan punca berleluasanya kegiatan jenayah dalam kalangan pelajar-pelajar. Pelajar yang tercicir dalam pelajaran dan mengalami masalah keluarga mudak dipengaruhi. Ini kerana mereka berasa bergaul dengan rakan sebaya boleh mencorak personaliti individu. Oleh itu, hubungan mereka menjadi rapat dengan rakan-rakan sebaya mereka. Pelajar-pelajar lebih banyak menghabiskan masa mereka di sekolah dan selepas pulang dari sekolah pula, mereka akan melepak di tempat tertentu seperti pasar raya sebelum pulang ke rumah. Mereka lebih suka mencari rakan sebaya untuk menemani mereka. Meraka berasa bangga semasa diterima oleh rakan sebaya mereka.Oleh itu,mereka sanggup melakukan apa sahaja yang disuruh oleh rakan sebaya mereka.
Media massa juga menjadi punca kegiatan jenayah dalam kalangan remaja. Kemudahan seperti internet, e-mel, televisyen, dan radio memudahkan kita untuk berkomunikasi, mendapatkan maklumat, dan berhibur. Akan tetapi banyak juga keburukannya seperti,remaja menyalahgunakan internet untuk memalsukan data-data penting, menonton gambar-gambar lucah, dan sebagainya yang akan mendorong mereka melakukan jenayah seperti rogol, bunuh, pengedaran pil-pil khayal, dan dadah.

Kesan-kesan
Kesan jenayah juvana kepada masyarakat ialah negara kita akan kehilangan modal insan yang berkaliber sekaligus mengugatkan keselamatan negara.Kita boleh cuba bayangkan akibat sekiranya remaja-remaja kini yang ada sekarang rosak akhlaknya pada masa sekarang dan implikasi pada masa depan. Kesan jenayah juvana kepada masyarakat adalah banyak, antaranya kerugian harta benda,terputusnya hubungan silaturahim, kehilangan nyawa dan juga kerugian masa. Masyarakat terpaksa membiayai perbelanjaan remaja yang menjadi pelaku jenayah juvana dalam bentuk seperti bayaran cukai untuk melancarkan program-program mencegah jenayah. Ini bermakna masyarakat akan mengalami kerugian dari segi wang ringgit.


Langkah-langkah Mengatasi
Antara langkah-langkah yang boleh diambil ialah ibu bapa perlu mendidik anak-anaknya dari kecil sebelum terlambat.Ibu bapa perlulah menberi didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak mereka. Selain itu,ibu bapa juga selalu memantau anak-anak terutama dari segi pergaulan mereka. Ibu bapa seharusnya memberi galakan kepada anak-anak mereka dalam menyertai aktiviti-aktiviti seperti ceramah-ceramah agama dan ceramah berbentuk kerohanian yang sesuai bagi anak-anak mereka.Ini boleh memberi panduan kepada mereka dalam mencari kehidupan yang benar.

Selain itu, remaja haruslah pandai memilih rakan sebaya kerana sememangnya remaja mudah terpengaruh dengan kawan-kawan mereka. Di sini, ibu bapa mesti selalu berinteraksi dengan ank-anak mereka supaya tahu dengan siapa anak mereka berkawan. Pengaruh media massa juga hendaklah dibendung. Pelajar hanya perlu mengetahui maklumat-maklumat yang hanya berkaitan tentang pelajaran sahaja. Cara sebegini dapat menghasilkan pelajar bermaklumat sekaligus dapat membendung jenayah dalam kalangan remaja.
Pihak sekolah juga perlu memantapkan lagi disiplin sekolah bagi menjamin kegiatan salah laku pelajar berkurangan. Setiap kesalahan pelajar seperti ponteng sekolah, merokok, menghisap dadah, atau memukul pelajar lain hendaklah didenda setimpal dengan kesalahan mereka. Pihak sekolah juga perlu selalu berinteraksi dengan ibu bapa pelajar dengan membuat perbincangan bagi mencari pendekatan awal dalam mengatasi masalah yang lebih serius.







JENAYAH PENYALAHGUNAAN DADAH






   Pengenalan
    Dadah ialah sejenis bahan kimia psikoaktif yang boleh memudaratkan kesihatan manusia dari segi fizikal, mental, dan emosi. Selain itu, dadah juga akan menyebabkan tingkah laku manusia berbeza daripada masa yang lain.  Antara cara-cara untuk memasukkan dadah  ke dalam tubuh badan ialah secara suntikan intravaskular, menghidu, menghisap dan memakan.
      

    Jenis Dadah
     Dadah boleh dibahagikan kepada beberapa jenis, iaitu Opiat, Perangsang (Stimulants),  Penekanan (Depressants), Hallucinogen dan Ganja (Cannabis). Dadah jenis opiat boleh diperolehi daripada tumbuhan pokok popi. Selepas getah  daripada buah popi dikeringkan dan diproseskan, ia akan menjadi dadah kumpulan opiat iaitu candu, morfin dan heroin. Ganja ialah sejenis tumbuhan yang bertumbuh liar di banyak tempat. Nama tumbuhan ini ialah Canabis sativa. Pokok cannabis ditanam di kawasan Mexico, Asia(Thailand), Afrika, dan Timur Tengah.

      Jika seseorang itu menagih dadah, dia akan mempunyai tanda-tanda yang tertentu. Contohnya, berasa resah atau gelisah kerana tidak mengambil dadah, prestasi kerja atau akademiknya akan merosot, mencuri wang atau barang kemas untuk membeli dadah, perubahan sikap dan emosi secara mendadak, kelihatan letih, penat, dan tidak bersemangat, insomnia, hilang selera makan, penurunan berat badan, menggigil, dan sebagainya.
       
    Faktor-faktor
      Faktor-faktor yang menyebabkan penyalahgunaan dadah ialah sikap ingin mencuba sesuatu yang baru.  Jadi, apabila mereka mengetahui sesuatu yang baru, mereka akan mencubanya untuk merasa perasaan tersebut. Faktor yang kedua ialah remaja senang dipengaruhi oleh orang lain. Remaja tidak tahu membezakan sesuatu itu sama ada bermanfaat atau membawa kesan buruk kepadanya. Jadi, dia mudah dipengaruhi oleh kawannya. Faktor yang ketiga ialah kekurangan kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa. Remaja akan melakukan sesuatu perkara seperti menagih dadah untuk menarik perhatian ibu bapanya. Faktor yang keempat ialah kesan daripada keadaan latar belakang kehidupan yang mengecewakan. Contohnya, keruntuhan rumah tangga, kematian ibu bapa dan orang kesayangannya menyebabkan mereka hidup tanpa matlamat. Oleh itu, mereka akan menagih dadah supaya dapat melupakan sesuatu kenangan yang sedih. Faktor yang kelima ialah kekurangan didikan tentang agama. Setiap agama akan menyuruh penganutnya agar mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang tidak baik seperti menagih dadah. Faktor yang terakhir ialah golongan yang ingin mengelakkan diri daripada kenyataan hidup. Golongan kaya ingin melarikan diri daripada masalah emosi. Mereka menghadapi tekanan hidup yang tinggi. Sebab itu, mereka akan menagih dadah untuk melupakan masalah yang dihadapinya.

     



    Kesan-kesan
      Kesan-kesan menagih dadah ialah menjejaskan sistem saraf pusat. Contohnya, otak dan saraf tunjang akan terjejas akibat menagih dadah dan mungkin membawa kematian. Kesan yang kedua ialah penagih dadah sukar mengawal emosinya. Maka, ahli keluarganya hidup dalam ketakutan kerana takut dia akan memukul mereka untuk mendapatkan wang bagi membeli dadah. Kesan yang ketiga ialah risiko untuk menjangkiti penyakit yang merbahaya. Contohnya, mereka akan berjangkit jangkitan AIDS, Hepatitis, dan Sawan apabila mereka berkongsi untuk menggunakan alat suntikan. Hal ini adalah kerana jika seseorang itu menjangkiti penyakit, maka virus penyakit tersebut akan masuk ke dalam badan penagih. Kesan yang keempat ialah peningkatan kes-kes jenayah. Contoh kes-kes jenayah yang berlaku ialah mencuri, merompak, meragut, memukul, membunuh orang, dan sebagainya. Hal ini adalah kerana mereka ingin mendapatkan wang untuk membeli dadah. Kesan yang kelima ialah kesan terhadap wanita yang mengandung. Jika wanita yang mengandung menagih dadah, maka, bayinya mungkin akan lahir sebelum cukup bulan, cacat. Selain itu, ibu bayi tersebut juga mungkin mengalami keguguran, kematian bayi semasa melahirkan anak dan sebagainya. Kesan yang terakhir ialah daya pemikiran, pemahaman, percakapan akan rosak atau menjadi lemah. Hal ini adalah kerana dadah telah merosakan otaknya.
    
    Langkah-langkah mengatasi
      Langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini ialah ibu bapa memberi kasih sayang dan perhatian yang sepenuhnya kepada setiap anaknya. Maka mereka tidak akan menagih dadah untuk melupakan kesedihan mereka kerana tidak memperolehi kasih sayang daripada ibu bapanya. Selain itu, ibu bapa juga perlu mendidik anaknya tentang agama dan memastikan mereka merupakan penganut yang setia kepada agama mereka. Langkah yang ketiga ialah mengadakan kempen-kempen atau ceramah untuk mendedahkan tentang keburukan menagih dadah terhadap kesihatan manusia. Selain itu, pihak sekolah perlu mengadakan ceramah  tentang keburukan dan kesan menagih dadah kepada pelajarnya. Langkah yang keempat ialah peranan media massa. Pihak media massa perlu sentiasa menyiarkan iklan-iklan tentang dadah dan memaparkan kisah-kisah benar yang berkaitan dengan kesengsaraan menagih dadah. Langkah terakhir ialah peranan rakan sebaya. Rakan sebaya harus menasihati kawannya apabila mereka mengetahui kawannya menagih dadah. Jika mereka tidak mendengar nasihatnya, mereka perlu memberitahu ibu bapa kawan tersebut tentang anak mereka menagih dadah.